Jom Kita Jadi Geng

Sunday, June 16, 2013

BOIKOT KURMA YAHUDI


cuba beza saiz medjool dengan yang biasa
Muslim di Britain merancang akan memulakan kempen menyambut Ramadan dengan memboikot kurma keluaran Israel. Dikatakan 50 peratus keluaran kurma medjoul dunia adalah oleh Israel. di samping itu, 60 peratus kurma-kurma milik Israel ditanam secara sembunyi di beberapa ladang termasuk di Jordan. Ini bermakna sebahagian besar pengeluaran kurma di Jordan adalah milik Israel.Betulkah?

Gerakan Muslim Britain akan memulakan kempen pada 26 June 2013 dengan meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk memboikot produk Israel. kebanyakan premis beli belah di Britain menjual kurma Israel termasuklan Mark&Spencer, Sainsbury dan Tesco.Kempen ini disokong oleh Pertubuhan Sahabat Al Aqsa dan Palestine Solidarity Campaign. Usaha ini sebagai mengelak sokongan dan pengaliran wang muslim kepada pihak yang mencuri tanah Palestine.

Jadi, apa pula tindakan kita? Sudah banyak barangan Yahudi mahu kita oikot tapi hangatnya sehangat tahi ayam. Kita yang tidak sensitif, pantang tulisan arab sikit, kita anggap semuanya Muslim. Gayanya perhatian dunia sudah melihat perjuangan menentang Palestine. katanya Alcia Keys pun tak jadi buat konsert di Tel Aviv kerana akur dengan bantahan muslim terhadap kekejaman Israel.

Nampak gayanya, puasa ni eloklah kita jadi orang yang sangat memilih dengan kurma. Memang kurma medjoul sangat sedap dan menggiurkan, tapi kita carilah medjoul yang bukan dari pemilik yahudi. Siapa nak siasat? Kita boleh buat carian di internet atau minta pertubuhan pengguna Islam bantu muslim Malaysia mengenalpasti mana satu yang patut kita boikot.

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...